Followers

Thursday, April 7, 2011

hukum hudud

salam semua.
kali ni aku cukup tertarik nak kongsi
pada semua mengenai hukum hudud
yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.

betul kata lect aku..kalau d malaysia
mengenakan hukum hudud ni,,iALAH
mesia ni tak kan ade buat2 dose besar.
malah aku terhindar jauh dari bala.
tapi apakan daya.d mesia tidak mengamalkan
sistem hudud ni.

“Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina 
hendaklah kamu dera masing-masing dengan 100 rotan 
dan janganlah kamu berasa kasihan belas terhadap 
keduanya dalam melaksanakan perintah Allah jika kamu
beriman kepada Allah dan pada hari kemudian.Hendaklah 
hadir ketika dijatuhkan hukumun terhadap mereka
sekumpulan dikalangan orang-orang yang beriman”
(An-Nur:2, al Quranul Karim)

Hukuman keatas penzina lelaki dan perempuan yang
merdeka, berakal dan yang masih bujang atau dara
yang masih belum berkahwin adalah disebat dengan seratus
sebatan setiap seorang. Hikmah memulakan hukuman keatas
perempuan dalam kes zina dan memulakan hukuman
keatas lelaki ketika kes mencuri adalah kerana kes zina
selalunya terjadi disebabkan oleh golongan perempuan yang
boleh mengaibkanya lebih daripada lelaki dan lebih memberi
kesan keatasnya, manakala dalam kes mencuri pula selalunya
berlaku keatas orang lelaki kerana mereka lebih berani dan lebih
merbahaya daripada orang perempuan dalam melakukan
perkara itu maka didahulukan orang lelaki daripada orang perempuan.

Janganlah kamu berlembut dan berasa belas kasihan ketika hendak
melakukan hukuman keatas penzina kerana ini adalah hukuman yang
telah ditetapkan oleh Allah juga tidak boleh merosakkan hudud Allah
yang telah ditetapkan dan sebagaimana  sabda Nabi Muhammad  SAW
daripada apa yang telah diriwayatkan oleh Ahmad dan Ashab
al-Kutub as-Sittah daripada Aisyah radhiAllahu anha:

“Demi Tuhan yang menciptakan diriku, walaupun sekiranya 
Fatimah bt Muhammad mencuri Sesungguhnya aku akan 
potong tanganya”

Maka dirikanlah hudud keatas orang-orang yang melakukan
perbuatan zina dan pukullah mereka itu dengan pukulan yang
menyakitkan untuk memberikan pengajaran keatas mereka jika
kamu beriman dengan Allah SWT dan hari Akhirat.

Dan dirikanlah hudud secara terang-terangan dihadapan sekumpulan
daripada orang-orang Islam tambahan balasan bagi orang yang berzina.
Sesungguhnya penzina-penzina itu apabila disebat di hadapan orang ramai
akan memberi kesan yang lebih untuk mencegah mereka daripada
melakukan  perbuatan itu lagi.

sumber rujukan : persekutuan melayu republik arab mesir

p/s: peringatan buat diri sendiri, orang tersayang,family,kawan2,
dan semua umat islam di dunia.

No comments:

Post a Comment