Followers

Wednesday, August 3, 2011

scandal? perlu ke ada??

salam semua.

aku tahu sekarang tengah bulan baek,hari baek.
so bukan aku nak kutuk ke,ngumpat ke,hape ke.
cuma nak kupas satu isu yang bagi aku 'hot' telah
melanda di sekeliling aku.

SCANDAL.

ok aku rasa semua orang tahu apa maksud scandal
tu. seseorang itu mempunyai hubungan sulit dengan
orang lain walaupun pada waktu yang sama seseorang
itu adalah suami orang/isteri orang/tunang orang mahupun
kekasih hati orang lain.

mungkin bagi orang lain, nampak COOL je kot case ni.
mesti ada yang bagitahu camni.

"eh come on la. sekarang kan
zaman dah moden, biasa lah tu ada scandal2."

"ko kalau takde scandal, kira macam ko ni tak hot la babe!"
"zaman sekarang mana ada pasangan yang betol2 setia. memang
susah la kan nak cari yang betol2 setia"

"alah, ko ada scandal lain pon, bukan bini/laki/tunang/gf/bf ko tahu
pon.janji ko tak terlepas cakap kat pasangan ko tu"

HELLO!!!!

tolong lah sedar wahai pencurang-pencurang sekalian. cuba ko
tampar pipi ko sekarang.tolong lah  SEDAR diri tu.

imagine ok.

(untuk yang kaki curang+ ada scandal)
ko ni adalah suami/isteri orang. siap ada anak bersusun lagi.
time kat umah, warghh aku lah bapak/mak yang paling baik.
tapi bila jejak je kaki keluar rumah, ko dah lupa tanggungjawab
yang ko ada. rasa diri tu masih single. pastu ngan selamber pegi
jumpa/dating ngan scandal ko tu. cube ko pikir. ko tak rasa
bersalah langsung ke pada bini kau/laki kau/anak kau dan pada
diri kau sendiri?? tolongla.. ingat sikit diri ko tu sapa. apa perasaan
anak bini ko bila dapat tahu ko ada kekasih ati lain?? hancurnya
hati mereka bila dapat tahu perangai sebenar korang. kesian
pada anak2 yang masih kecik tak tahu pape. bapak/mak dierang
berperangai cam ni.

ingatlah, anak tu adalah amanah dari Allah. ko kena jaga betol2
amanah yang telah Allah berikan tu. sedar la weh. ngan ada scandal
ni tak menjaminkan kebahagiaan langsung pada diri korang.

'HARGAILAH ORANG DISEKELILING SELAGI MEREKA
ADA DI DEPAN MATA'


(untuk perempuan/lelaki yang bermadu kasih ngan isteri/suami orang)

weh2, korang tak rasa bersalah ke?? ko sedar tak yang pasangan
ko tu dah ada anak bini kat rumah?? ni tidak. ko pulak yang duk
gedik2 ngan bapak budak tu.e tolong lah. ko tu masih muda kot.
boleh cari yang lelaki/perempuan bujang kot. tak perlu nak kacau
rumah tangga orang. OK FINE kalau korang kata camni.

"i tak kacau dia,dia tu yang duk kacau2 i dulu.nak berkawan ngan
i lebih dekat"

HELLO!!!

bagi aku la kan,, sesuatu hubungan tu tak kan terjalin jika kedua dua
belah pihak tak menggatal, tak melayan. abes kalau 2 2 menggatal
memang wujudlah SCANDAL tuh.

korang pikir lah sendiri baek buruk nya. pikir apa akan jadi masa
yang akan datang. sayangilah orang2 di sekeliling anda. dan yang
paling penting, KEJUJURAN tu yang penting dalam perhubungan.

p/s: aku tak tujukan pada seseorang,tapi pada semua dan juga
ntok diri aku jugak.kalau ada yang terasa, aku mintak maap.

assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment