Followers

Wednesday, August 24, 2011

sila buat aduan kat web kementerian perdagangan kalau kena TIPU ngan syarikat mana2 !




salam semua.

seryesly aku memang rasa tension gila dan rasa sangat mental
bila orang dari CELCOM asyik kol aku. dia kata nombor
sekian2 ada daftar bawah nama aku. tapi HARAM aku tak
kenal langsung nombor tu kot. aku sebenarnya malas nak amik
tahu. tapi kalau dah setiap hari kol,naik menyampah jugak aku
rasa. last2 semalam aku pegi branch celcom centre PJ.

macam sial pegawai kat situ. kerek nak mampos time layan aku.
pastu siap tinggikan suara lagi. inikah perangai rakyat mesia yang
katanya tinggi berbudi bahasa???

okey,okey. aku bukan nak crita pasal akak yang sial tu.tapi pasal
pihak CELCOM yang menipu orang ramai dan aku salah seorang
menjadi mangsa keadaan tu.

critanya macam ni.30april 2011 aku ada pegi pesta buku kat PWTC.
ok aku tekan kan kat sini,P.W.T.C. duk seronok2 tengok2 buku yang
nak beli, sekali ada promoter CELCOM datang kat aku,adik ngan
akak aku. dia kata sekarang CELCOM buat promotion apa ntah pastu
ada bagi simkad free. blablablablabla dia duk sembang,last dia mintak
IC kat kitaorang katanya nak daftar nombor simkad baru yang dia bagi tu.
so kiteorang bagi la.pastu dia kata nombor akan ada 2hari pastu. tapi past
peristiwa tu kitaorang takde guna langsung nombor tu.kira tak amik tahu
langsung la.simpan je simkad tu.

TAPI TUP,TUP,TUP......

last week pihak celcom kol aku kata nombor sekian2 ada daftar bawah
nama aku dan aku wajib bayar. bukan sikit. nak dekat RM200. HOIIII!!!!
ko ingat aku ada duittt nak bayar?? kalau aku ada duit pon aku tanak
bayar pasal bukan aku yang guna.

pastu bila aku pegi setel kat branch celcom PJ tu, dia kata tak payah buat
report sebab nanti payah kalau polis masuk campur.dia ada bagi tawaran
kat aku.katanya suruh aku sewa nombor tu sebulan
rm50 + setem hasil rm10 = RM 60.

RM60??? wei duit jugak tu. dan ntok pengetahuan korang,bukan 1
nombor,,tapi DUA NOMBOR. tak ke ******* tu ???

aku sabar lagi, tapi akak yang sial tu cakap makin kerek ngan aku.
aku rasa nak je tampar muka perempuan tu. dia macam nak salahkan aku
la dalam kes ni. aku dah geram sangat aku sound je. EEE TAK SANGKA 
BETOL CELCOM SYARIKAT YANG ADA NAMA KAT MESIA NI
SANGGUP TIPU ORANG RAMAI.BUKAN AKU SORANG YANG
KENA,RAMAI LAGI KOT.



pastu terus aku blah dari situ.kang lama2 aku duk situ batal pulak puasa aku.


bila aku crita dekat adik aku,dia kata jangan bayar pape. pastu dia
suruh aku buat aduan kat KEMENTERIAN PERDAGANGAN.
aku pon terus la buat aduan.alhamdulilah berkat doa orang teraniaya +
orang berpuasa Allah makbulkan doa aku.baru jap tadi orang celcom kol
aku kata dia dah mansuhkan bayaran bil yang aku kena bayar tu. ha tahu
pon takut............!!!!!!!!!!!!!

so moral of the story ntok diri aku n korang semua,, jangan senang2
bagi IC kat orang,jangan mudah rasa terpedaya, dan jangan pakai celcom
lagi.hahaahha.

ok bye,nak sambung study balik.. ^_^


Friday, August 19, 2011

saya makin bahagia :)

salam semua.

mak aihh lamanya tak update blog ni.. ekceli banyak
je idea yang nak tulis.tapi disebabkan macam2 alasan
yang boleh diberikan,aku buat tak nampak je kewujudan
blog cik myna ni.muehehe.

last week, en.yayang sakit lagi.. kali ni kepala dia
pulak kena jahit.. aku tak sanggup tengok dia berterusan
sakit. kalau boleh,biarlah penyakit dia tu aku yang tanggung.
wuwuwu. TAPI dalam keadaan dia sakit tu, sempat jugak
dia datang kat aku even time tu aku duduk kat klang umah
abang aku. sepatutnya aku la yg pegi melawat die.tapi terbalik
pulak.huhu.makin hari aku rasa makin bahgia hidup ngan die.

kebiasaannya setiap minggu dia habeskan masa ngan adik beradik
aku,tapi semalam telah catat sejarah. first time aku kelua ngan
adik beradik die. seronok pergi shopping ngan dieorang semua.
tapi aku rasa kekok sikit la. yela mana penah aku masuk family
orang lain lagi.. tak pela,bila lagi nak blaja kan? hehe.

semoga kebahagiaan yang aku rasa sekarang kan kekal selamanya..
seryesly aku tak sanggup kehilangan en.yayang.. u are my everything.
i love you.

p/s: "awak,biar saya pegi dulu baru awak pegi..saya tak sanggup
kehilangan awak..."

i love u 

Wednesday, August 10, 2011

nekbat sangat sedap :)

salam ramadhan semua.

alhmdlh dah 10hari kita berpuasa.
semoga amalan kita buat bertambah banyak
macam kita makan time bukak puasa.hehehe.

okey,sebut pasal makan ni macam seronok
pulak nak tulis entry pasal makanan. nak2
makanan yang kite ngidam nak makan time
bulan puasa ni.hehe.

ini adalah nekbat :)




kalau nak tahu ni kuih tradisional negeri terengganu.
negeri yang paling aku sayang. setiap tahun kuih ni
mesti wajib aku makan past bukak pose.tapi taun ni
aku dah hijrah duk selangor ni memang payah la nak
jumpa kuih nekbat ni. tapi bila aku balik umah akak
aku tak sangka ada nekbat.mak mertua dia bagi
time dia balik ganu last week. dah excited dapat kuih
tu tapi tak tahu pulak nak buat camne.pastu terus text
mama yang jauh kat arab saudi sana. sekali mama terus
kol aku.muahahaha tulah cik myna ooii. sampai mama
sanggup kol nak ajar cara masak. lastly naseb baek
menjadi dan best gila la dapat makan.

rupa nekbat yang belum disira


rupanya senang je nak masak benda alah tu. caranya
adalah:

bahan2:
-beberapa biji nekbat
-setengah periuk air
-setengah cawan gula
-sedikit pewarna(warna kuning)
-daun pandan
-cengkih

cara2:
- masukkan air dan gula dalam periuk. dah nak
mendidih tu masukkan sedikit pewarna.bila dah
mendidih masukkan nekbat. akhir sekali masukkan
cengkih dan daun pandan. siap :))

nekbat yang dah boleh makan.nyumnyum ^_^

kalau korang ada peluang dapat berpuasa di terengganu,
wajib cuba kuih ni taw. sebab dia ni ada time bulan
puasa je. aku dah ushar benda alah ni kat area kL
selngor ni.tapi takde. alhmdlh arini dapat makan
nekbat dengan rakusnya.muahaha.

ok bye, sok makan nekbat lagi ^_^


Friday, August 5, 2011

apabila lelaki kehilangan tulang rusuk nya ~ _~








WANITA: Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?

LELAKI: Kamu!!!

WANITA: Menurut kamu, saya ini siapa?

LELAKI: (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti) Kamu, tulang rusukku.

Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya...

Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan.

Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITAlari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu tidak cintakan saya lagi!!!".

LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak "Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!"

Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat.

LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata,WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah. "Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi. Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing".

Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai.

LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA 
tidak menunggu, sepertinya.

Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di

hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukanWANITA.

Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.

LELAKI: Apa khabar?

WANITA: Baik... Kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?

LELAKI: Belum.

WANITA: Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu nombor telepon saya kan ? Tidak ada yang berubah.

WANITA 
tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz "Selamat tinggal.."




Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan.

Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai. Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang dikemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah terlambat...

Kerana itu, jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh hati... Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata-kata yang kau ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? Kira merasakan akan menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.

wassalam~





p/s: credit to kak aisyahjoe :)





Wednesday, August 3, 2011

scandal? perlu ke ada??

salam semua.

aku tahu sekarang tengah bulan baek,hari baek.
so bukan aku nak kutuk ke,ngumpat ke,hape ke.
cuma nak kupas satu isu yang bagi aku 'hot' telah
melanda di sekeliling aku.

SCANDAL.

ok aku rasa semua orang tahu apa maksud scandal
tu. seseorang itu mempunyai hubungan sulit dengan
orang lain walaupun pada waktu yang sama seseorang
itu adalah suami orang/isteri orang/tunang orang mahupun
kekasih hati orang lain.

mungkin bagi orang lain, nampak COOL je kot case ni.
mesti ada yang bagitahu camni.

"eh come on la. sekarang kan
zaman dah moden, biasa lah tu ada scandal2."

"ko kalau takde scandal, kira macam ko ni tak hot la babe!"
"zaman sekarang mana ada pasangan yang betol2 setia. memang
susah la kan nak cari yang betol2 setia"

"alah, ko ada scandal lain pon, bukan bini/laki/tunang/gf/bf ko tahu
pon.janji ko tak terlepas cakap kat pasangan ko tu"

HELLO!!!!

tolong lah sedar wahai pencurang-pencurang sekalian. cuba ko
tampar pipi ko sekarang.tolong lah  SEDAR diri tu.

imagine ok.

(untuk yang kaki curang+ ada scandal)
ko ni adalah suami/isteri orang. siap ada anak bersusun lagi.
time kat umah, warghh aku lah bapak/mak yang paling baik.
tapi bila jejak je kaki keluar rumah, ko dah lupa tanggungjawab
yang ko ada. rasa diri tu masih single. pastu ngan selamber pegi
jumpa/dating ngan scandal ko tu. cube ko pikir. ko tak rasa
bersalah langsung ke pada bini kau/laki kau/anak kau dan pada
diri kau sendiri?? tolongla.. ingat sikit diri ko tu sapa. apa perasaan
anak bini ko bila dapat tahu ko ada kekasih ati lain?? hancurnya
hati mereka bila dapat tahu perangai sebenar korang. kesian
pada anak2 yang masih kecik tak tahu pape. bapak/mak dierang
berperangai cam ni.

ingatlah, anak tu adalah amanah dari Allah. ko kena jaga betol2
amanah yang telah Allah berikan tu. sedar la weh. ngan ada scandal
ni tak menjaminkan kebahagiaan langsung pada diri korang.

'HARGAILAH ORANG DISEKELILING SELAGI MEREKA
ADA DI DEPAN MATA'


(untuk perempuan/lelaki yang bermadu kasih ngan isteri/suami orang)

weh2, korang tak rasa bersalah ke?? ko sedar tak yang pasangan
ko tu dah ada anak bini kat rumah?? ni tidak. ko pulak yang duk
gedik2 ngan bapak budak tu.e tolong lah. ko tu masih muda kot.
boleh cari yang lelaki/perempuan bujang kot. tak perlu nak kacau
rumah tangga orang. OK FINE kalau korang kata camni.

"i tak kacau dia,dia tu yang duk kacau2 i dulu.nak berkawan ngan
i lebih dekat"

HELLO!!!

bagi aku la kan,, sesuatu hubungan tu tak kan terjalin jika kedua dua
belah pihak tak menggatal, tak melayan. abes kalau 2 2 menggatal
memang wujudlah SCANDAL tuh.

korang pikir lah sendiri baek buruk nya. pikir apa akan jadi masa
yang akan datang. sayangilah orang2 di sekeliling anda. dan yang
paling penting, KEJUJURAN tu yang penting dalam perhubungan.

p/s: aku tak tujukan pada seseorang,tapi pada semua dan juga
ntok diri aku jugak.kalau ada yang terasa, aku mintak maap.

assalamualaikum.

Tuesday, August 2, 2011

korek hidung time ngah puasa TAK BATAL okey !

salam semua.

sekejap je masa. hari ni dah 2 Ramadhan..
semalam seryes tak larat bagai.biasa la, first
day la kata kan... masuk hari ke2 alhmdlh dah
rasa ok :) terima kasih ya Allah.

okey2. seryes title aku tulis tu BETUL. tadi dalam
kelas, ustaz aku bagitahu. " sapa kata kalau korek
hidung time tengah puasa ni batal? takdela. boleh
je korek hidung selagi ia tak mencecah ke rongga
tekak.jika dah dapat rasa tu maka batal lah puasa anda"



sama la dengan korek telinga. boleh je korek. tapi
janganlah korek yang terlebih over masuk ke dalam
tu.hadoiii... stakat kat tepi2 dinding tu cukup la...
takdela sampai macam2 gaya nak buat hidung/telinga
tak gatal lagi.. ada tu sampai duk tampar2 hidung sendiri
pasal gatai benor hidung tu.takut kang kalau korek batal
pulak puasa hari tu. muahaha.

so moralnya kat sini, puasa anda tak terbatal kalau
TERkorek hidung! jangan pulak bile dah terkorek tu,
pastu rasa pose dah terbatal,terus bukak peti ais  and
minum. jangan try cuba test buat yea...

ok bye!

selamat berbuka puasa bile dah dengar azan MAGHRIB nanti ^_^